Syarat kemasukan ke Sarawak mulai 25 September 2020




KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini telah bermesyuarat serta mengambil langkah berjaga-jaga dimana terdapat banyak kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Negeri Sabah dan kawasan yang telah diisytiharkan sebagai ZON MERAH (iaitu 41 kes ke atas), maka beberapa keputusan berikut telah dibuat.

A. PERJALANAN MELALUI SABAH / LABUAN KE SARAWAK 
i. Semua Rakyat Sarawak / Pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) Sarawak / Pemegang Pas Visa Sarawak perlu;
a) Memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan mengisi secara atas talian (online) aplikasi EnterSarawak sebelum masuk ke Sarawak.

b) Mereka akan dikenakan kuarantin di rumah (Stay Home Notice) selama 14 hari dan diberi wristband.

c) Ujian Swab rT-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan hari ke- 10. Kos ini akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

ii. Semua warganegara Malaysia (Semenanjung / Sabah / Labuan) dan Warga Asing yang ingin memasuki Sarawak melalui Sabah / Labuan perlu;

a) Memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan mengisi secara atas talian (online) aplikasi EnterSarawak dengan melampirkan keputusan ujian COVID-19 (rT-PCR) mereka (sah 3 hari) sebelum mereka diluluskan untuk masuk ke Sarawak.

b) Mereka juga akan diberi pas masuk 5 hari terhad di Sarawak. Mereka juga harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan pulang.

c) Mereka yang tidak melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID- 19 yang sah dalam 3 hari sebelum kemasukan tidak akan diberi kelulusan masuk ke Sarawak.

B. PERJALANAN YANG BERULANG ALIK KERAP DARI SABAH / LABUAN KE SARAWAK 

Bagi semua warganegara dan warga asing yang kerap berulang alik dari Sabah atau Labuan ke Sarawak (frequent travel) termasuk perkhidmatan penting (essential services), mereka perlu;

a) memohon pas khas dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (Pejabat Residen).

b) Mereka juga dikehendaki untuk diambil sampel COVID-19 setiap 14 hari.

c) Hasil keputusan ujian rT-PCR COVID-19 mereka hanya akan sah selama 14 hari, jika mereka gagal melakukannya, pas khas tersebut akan dianggap tidak sah.

C. PENGISYTIHARAN TELAH BERADA DI SABAH DALAM MASA 14 HARI 

Bagi semua warganegara dan warga asing yang memasuki Sarawak perlu mengisytiharkan sekiranya mereka telah berada di Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Sekiranya membuat pengisytiharan palsu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah “State Protection of Public Health Ordinance 1999”.

D. TRANSIT MELALUI SABAH / LABUAN KE SARAWAK 

Bagi semua warganegara dan warga asing yang memasuki Sarawak melalui perjalanan transit di Sabah dan Labuan harus memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan mengisi secara atas talian (online) aplikasi EnterSarawak. Semua penerbangan yang hanya transit melalui Sabah / Labuan, selagi mereka tidak keluar dari lapangan terbang adalah dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID-19.

(Semua arahan di atas berkuatkuasa mulai 25 September 2020)

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK 
24 SEPTEMBER 2020
4.00 PETANG



tandatangan

No comments

Powered by Blogger.