Redah Hutan mencari arus Internet untuk berlajar




Sejak beberapa hari yang lepas, tular di socmed para pelajar di pedalaman Sarawak terpaksa meredah hutan dan mendaki ke tempat yang tinggi untuk mendapatkan jaringan internet untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka yang telah diberikan oleh guru dalam pembelajaran online. Malah ada yang sanggup bermalam di hutan.

Dikala pemimpin-pemimpin negara kita dengan bangga nya mengatakan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara maju dan mampu bersaing, namun dibalik semua itu masih ramai lagi masyarakat di pendalaman yang kempunan akan arus pembangunan. Bukan sahaja jaringan internet, malah banyak lagi kampung-kampung diluar bandar masih belum lagi menikmati kemudahan arus elektrik dan masih lagi menggunakan "Generator" atau cahaya lilin untuk menerangi gelap malam.

Ketika melihat gambar segolongan anak muda kita yang terpaksa meredah hutan belantara demi untuk mendapatkan capaian internet yang berkualiti, saya berasa amat terharu. Betapa gigih nya mereka menimba ilmu. Jika di Semenanjung tahap kelajuan internet sudah ke sampai ke tahap 5G, tapi kita di pendalaman Sabah Sarawak untuk mendapatkan line eGPRS pun susah.

Salah siapa? 
Sekarang negara kita sudah sampai ke wawasan 2020, namun masih banyak kampung-kampung yang masih ketinggalan zaman (tiada sumber air bersih,elektrik, line internet dan keperluan asas lain nya.) 

Kepada wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan berkenaan tolong lah, suarakan kekurangan dan kepincangan tersebut di Sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Belalah nasib rakyat-rakyat yang berada di bawah naungan kawasan anda, bantu mereka kerana tanpa mereka anda bukan siapa-siapa. Tak kan sampai berpuluh-puluh tahun anda menjadi wakil rakyat dikawasan tersebut satu pembangunan pun tidak ada, 

Harus ingat, kamu itu dipilih oleh rakyat, berkerja untuk rakyat dan dibayar gaji menggunakan duit rakyat, jadi berbaktilah kepada rakyat, kerana rakyat melihat perlakuan anda. Silap langkah, rakyat berhak untuk membuang anda.








tandatangan

No comments

Powered by Blogger.