Khasiat dan Manfaat kebaikan ESP Shaklee


ESP Shaklee ialah minuman protein yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan. Pada tahun 1961, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta formula protein soya isolat yang pertama, iaitu makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.

Sehingga tahun 2023, ESP Shaklee terus menjadi kegemaran penggunanya dan menjadi antara top sales produk seluruh Malaysia. ESP Shaklee adalah singkatan kepada nama penuhnya Energizing Soy Protein atau Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour.

Khasiat dan keistimewaan ESP Shaklee :

✅ Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
✅ Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya sangat membantu menurunkan paras kolestrol.
✅ Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
✅ Membekalkan 9 asid amino yang diperlukan badan.
✅ Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
✅ Mengandungi 5 jenis keperluan vitamin B.
✅ Mempunyai glisemik indeks yang rendah iaitu 39, sekaligus mampu mengekalkan tahap gula yang stabil, mengawal pengambilan karbohidrat, membuat rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu makan dengan lebih mudah.
✅Menggunakan sumber protein non-GMO yang telah dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP), yang bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal ketat sepanjang proses penanaman sehingga pemprosesan.


Khasiat dan manfaat ESP Shaklee untuk kesihatan tubuh badan :

Meningkatkan seri kulit
Protein berkualiti tingggi dan lengkap dengan amino acid penting untuk kulit yang berseri dan sihat dari dalam serta luaran. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Menguatkan rambut dan kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangn nutrien terutamanya protein. Kekurangan asid amino perlu menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

Melegakan ketidakselesaan perut
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bula masa, di mana jua. Kajian juga menunjukakkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.

Menyokong kehamilan yang sihat
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah menganmbil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secra konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

Menggalakkan penghasilan susu ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sering sibuk mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.

Menyokong kitaran haid yang sihat
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasanya ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kiita, termasuk soya, membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras estrogen, mengawal paras hormon yang sihat serta mengurangkan simtom-simptom prahaid (PMS).

Mempercepatkan pembaikan dan pembaharuan sel
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong -penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilam kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka.

Merangsang tumbesaran dan perkembangan otot
Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemilihan otot pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama.

Menggalakkan kesihatan prostat
Protein soya merupakan salah satu ramuan semulajadi untuk mengekalkan kesihatan para lelaki, di mana terdapat bukti epidermilogi yang menunjukkan lelaki yang mengambil makanan soya setiap hari mempunyai kebarangkalian yang lebih rendah untuk menghidap kanser prostat berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan pemakanan sedemikian.

Mengekalkan tenaga berterusan
Karbohidrat terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya turun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Manakala, protein soya memberikan kesan yang berlainan. Ia adalah makanan dengan indeks glisemik (GI) rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap insulin dan gula darah yang sihat, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan memberikan anda tenaga berterusan untuk sepanjang hari.

Menggalakkan paras kolestrol yang sihat
Peredaran darah yang lancar adalah amat penting untuk memastikan jantung anda terus mengepam dengan kuat pada usia emas, kerana risiko meghidapi masalah jantung turut meningkat seiring dengan usia anda. Tahukah anda bahawa 25g protein soya setiap hari mampu mengurangkan kolestrol darah? Mulakan dengan menambahkannya dalam pemakanan anda agar ia membantu meningkatkan paras lipoprotein berketumpatan tingi, HDL (kolestrol baik), sementara menurunkan paras lipoprotein berketumpatan rendah, LDL (kolestrol tidak baik). Ia juga dapat membantu mengurangkan paras trigliserida (lemak dalam darah).

Melegakan simptom-simptom menopaus
Menjelang umur 45 ke 55 tahun, wanita akan mengalami simptom-simptom menopaus seperti paras hormon yang tidak stabil, berasa panas secara tiba-tiba, kesukaran untuk tidur dan perubahan emosi. Ia adalah amat mencabar bagi para wanita dalam tempoh ini kerana perubahan tersebut menjejaskan kualiti hidup mereka. Protein soya mampu membantu melegakan simptom-simptom ini dengan mengurangkan kesan terhadap kepanasan badan, dan melegakan kekeringan faraj. Ia juga mengurangkan peluh pada waktu malam, melegakan simptom kesakitan otot, dan meningkatkan ketumpatan tulang.

Menjaga berat badan yang ideal
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Pengambilan protein dapat membantu meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya dan mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.

Tidak dinafikan lagi, kebaikan protein soya pada tubuh badan sememangnya banyak dan mampu membantu meningkatkan kualiti hidup. Semoga anda lebih bijak dalam memilih protein soya yang terbaik, dan semestinya protein soya terbaik ada dalam ESP Shaklee.

Jika Tuan/Puan berminat dengan produk ESP Shaklee ini hubungi kami di Whatsapp - (014-8876088)

atau Scan QR Code di bawah:


Sekian terima kasih.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.