Review tentang V8 sound card



Selamat bertemu kembali dalam entry blog kali ini. Semoga anda pembaca semua dalam keadaan sihat dan ceria disamping orang tersayang.

Kali ini admin ingin berkongsi tentang sebuah sound card yang popular saat ini iaitu V8

Apa itu Sound card.
Mungkin ramai yang tertanya - tanya apa itu sound card atau dikenali sebagai Audio Interface.Untuk pengetahuan anda semua sound card adalah sebuah hardware untuk kita merakam atau merekod sekaligus untuk mendengar sesuatu audio. Sound card terbahagi kepada dua, satu adalah bawaan computer atau laptop itu sendiri dan satu lagi adalah external sound card. 

V8 Sound Card
Apa yang saya ingin perkenalkan di sini adalah V8 Sound card. Iaitu sebuah external hardware yang kompak tetapi mampu menghasilkan mutu suara yang sangat berkualiti jika berbanding dengan harga nya yang murah.

Soundcard yang Multi-purpose ini sangat membantu bagi anda yg memiliki Hobby sebagai Penyanyi, Broadcasting, Covering Lagu, Youtuber Channel, Webcast Live Streaming via Facebook, Skype, Youtube, Bigo, Nono Live,dll.



Fungsi port yang terdapat di V8 Sound card.

  • Live 1 & 2 - Di cucukkan ke 3.5mm jack plug laptop atau handphone, berfungsi sebagai microphone untuk merakam audio.
  • Accompaniment/ Instrument - Di cucukkan ke 3.5mm jack plug laptop atau handphone, berfungsi untuk memasang sesuatu audio atau music instrument seperti gitar, keyboard dan sebagai nya.
  • Charging - Untuk mengecas build in bateri 
  • Earplugs/ Speaker - Dicucukkan ke earphone atau active speaker
  • Headset - digunakan untuk monitor audio yang kita dengar/ rakam
  • Condenser Mic/ wheat -  untuk merakam suara menggunakan condenser mic 
  • Dynamic Mic/ wheat - Boleh juga digunakan untuk merakam suara gitar atau alat music lain nya.

Untuk membeli V8 sound card ini anda boleh melayari online marketplace seperti shopee, lazada dan selain nya, buat masa sekarang harga nya sekitar RM70 - RM100 seunit.

Sekian.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.