FAKTA MERDEKA SARAWAK NEGARAKU


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Bandaraya Miri agak sunyi apabila menjelang 31 ogos  tidak semeriah beberapa tahun yang sebelumnya. Bendera jalur gemilang pun tidak banyak kelihatan dipasang pada kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan bukan kerajaan meskipun kerajaan Malaysia mengistiharkan pada tanggal 31 Ogos adalah hari keramat iaitu hari kemerdekaan yang telah dipersetujui semua negeri dibawah pentadbirannya.

Apakah ini petandanya masyarakat di Miri dan di Sarawak am nya sudah tidak lagi teruja dengan sambutan hari Merdeka? Ataupun ramai yang sedar pada tarikh berkenaan bukanlah hari kemerdekaan bagi Negara Sarawak?


FAKTA KEMERDEKAAN SARAWAK

Sarawak diberi kuasa untuk memerintah Negara nya sediri pada 22 Julai 1963 setelah dijajah pemerintahan Koloni British dari tahun 1946.

Manakala sabah merdeka pada 31 ogos 1963. Waktu itu tidak wujud apa yang dikatakan Malaysia. Bila tertubuhnya Malaysia? Malaysia terbentuk dari 4 entiti negara yang sanggup bersekutu atas nama Malaysia. Entiti itu ialah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Gabungan ini dikenali Malaysia. Namun pada 8 ogos 1965 Singapura telah keluar dari persekutuan dan menjadi republik. Namun begitu persekutuan Malaysia masih berdiri atas 3 entiti tadi. Iaitu Malaya Sabah dan Sarawak.

MALAYSIA MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 60 TAHUN

Pada hari ini 31 Ogos 2017 Malaysia menyambut hari kemerdekaan nya yang ke 60 tahun sejak tahun 1957.

“Tiada yang dimerdeka kan, dan tiada yang dijajah”

Teks berkenaan adalah sebahagian dari ungkapan bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tok Nan mengenai pandangan beliau tentang hari merdeka yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Jika kita melihat kepada fakta di atas pada tahun ini (2017) Malaysia baru wujud selama 54 tahun dan dari mana datangnya 60 tahun? Apakah berbaloi untuk rakyat Sarawak untuk turut sama menyambut hari Merdeka  sama dengan Malaya?

Sejarah tidak pernah menipu!!!


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.