Hari Kemerdekaan Sarawak 22 Julai


                                 

22 Julai 1963 adalah sebuah tanggal keramat yang hampir terlupakan oleh penduduk Sarawak. Apakah keistimewaan pada tarikh tersebut?

Kini pada setiap 22 Julai kerajaan Sarawak mengistiharkan sebagai cuti umum. Tarikh tersebut diraikan sebagai mengingati hari Sarawak mula dibebaskan daripada cengkaman penjajah Koloni British pada tahun 1963, dengan pentadbiran negeri diuruskan oleh anak Sarawak sendiri.

Sarawak telah dijajah pemerintahan Koloni British dari tahun 1946 hingga kepada kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963.

Namun Sarawak hanya sempat menikmati kemerdekaan selama 2 bulan sahaja kerana pada 16 September 1963 Kerajan Sarawak telah bersetuju menjadi "equal patner" dalam menubuhkan Malaysia bersama Malaya, Singapura dan North Borneo yang sekarang dikenali sebagai Sabah.

Sayang nya pada awal tahun 1970an Sarawak diturun taraf menjadi sebuah daripada 13 negeri biasa dalam Persekutuan dan tidak lagi menikmati sebarang kedudukan istimewa, hak-hak autonomi dan istimewa atau pengiktirafan bahawa ia memainkan peranan amat penting dalam penubuhan Persekutuan Malaysia.

Makanya sebagai rakyat Sarawak, kita menyeru Perlembagan Persekutuan untuk mengembalikan hak Sarawak sepenuhnya seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia. Ia adalah hak semula jadi bagi kita untuk menginginkan autonomi lebih luas serta desentralisasi kuasa kepada negeri Sarawak. 

Apa yang kita mahukan autonomi lebih luas, lebih banyak hak pentadbiran autonomi dalam semua sfera pentadbiran dan desentralisasi kuasa lebih luas. Sebagai rakyat Sarawak kami juga tidak menerima hakikat bahawa status Negara Sarawak diturunkan kepada sekadar satu daripada 13 negeri dan kami mahu dilayan sebagai rakan (setaraf).Sarawak sewajarnya menerima bahagian royalti yang lebih adil.

Kita merasakan bahawa dasar persekutuan dilaksanakan sejak Tahun 1963 lalu tidak begitu adil bagi Sarawak. Kita rasa tidak adil jika mengambil kira jumlah perbelanjaan pembangunan di Sarawak kerana kita kaya dengan hasil minyak dan gas, di bawah Akta Pembangunan Petroleum diluluskan pada Oktober 1974, kita hanya mendapat lima peratus sahaja royalti daripada pengeluaran minyak dan gas.




 tandatangan

No comments

Powered by Blogger.