Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia ke-9



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

"Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9," katanya dalam kenyataan hari ini.

Biodata Perdana Menteri ke-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh Lahir: 18 Januari 1960
Tempat Lahir: Temerloh, Pahang
Pendidikan
Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Kerjaya/Perkhidmatan

1985 - Peguam
1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
2008 - 2009 - Menteri Belia dan Sukan
9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah

1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik

1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 - Timbalan Ketua Bahagian
2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

 


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.