Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah yang baru




Barisan Nasional Sabah akhirnya bersetuju untuk memberi laluan kepada ketua Perikatan Nasional (PN) negeri, Hajiji Mohd Noor untuk menjadi ketua menteri yang baru.

Perkara itu diumumkan Hajiji sendiri dalam satu sidang media bersama Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang menjadi bilik gerakan PN ketika PRN.

BN dan PN Sabah merupakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi 38 kerusi pada pilihan raya negeri Sabtu lalu. 

Majlis mengangkat sumpah bagi jawatan ketua Menteri Sabah yang baru akan diadakan jam 10.30 pagi esok (29 September 2020) di Istana Negeri Sabah.

Gabungan itu juga mendakwa mendapat sokongan tiga Adun bebas.

Semalam Bung memberitahu pihak media bahawa mereka telah meminta Juhar membuat keputusan mengenai calon bagi ketua menteri Sabah.

Menurut Bung, Juhar mengatakan dia memerlukan masa untuk membuat keputusan tetapi akan melakukannya secepat mungkin.

Sementara itu, penyokong Warisan berpendapat parti itu harus diberi peluang untuk membentuk kerajaan negeri disebabkan parti pimpinan Shafie Apdal itu paling banyak memenangi kerusi Dun iaitu sebanyak 23 kerusi.



tandatangan

No comments

Powered by Blogger.