SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL


Pada 27 Mac 2020 lepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan buat semua rakyat Malaysia pada perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Sejumlah RM250 billion telah diperuntukkan melibatkan bantuan termasuklah kepada rakyat dan perniagaan disamping pakej untuk memperkukuh ekonomi negara serta membendung penularan wabak COVID-19

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua dan tiada golongan yang akan tercicir

Apa yang menariknya, kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Dan buat kali pertamanya ia akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40

Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 & M40?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:


Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Sila KLIK LINK INI untuk maklumat lanjut


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.