ELIA BIT CALON PKR N76 MARUDI


Seorang lagi calon berwibawa (winnable Candidate) yang saya ingin ketengahkan kali ini adalah Saudari Elia Bit. Berasal dari Menok, Long lapok Tinjar. Memperolehi pendidikan awal di SK.Lapok dan SMK Bakong seterusnya melanjutkan pelajaran tingkatan 6 di SMK Luar Bandar Miri.

Pemegang Master of degree in Media and Information Warfare Studies dari UITM, beliau juga yang memiliki Degree in Linguistic dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini terkenal dengan sikap peramah dan kelantangan nya bersuara menegak kan keadilan terhadap peribumi di sekitar marudi yang sekian lama telah dipinggirkan membuat kan beliau terpilih oleh pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat  untuk menjadi calon PKR di N76 Marudi.

Berusia 28 tahun, Beliau mengambil langkah berani apabila sanggup tampil menceburkan diri didalam bidang politik yang mana tugas nya akan dihabiskan untuk membela masyarakat jikalau beliau terpilih untuk menjadi wakil rakyat nanti.  

Kepada masyarakat di Bahagian Marudi, ini lah masa nya kita bangkit untuk menegakkan keadilan. Pilihan anda terletak di tangan anda sendiri. UNDI anda adalah RAHSIA. Tapi harus ingat UNDI anda lah yang menjadi penentu kepada nasib anda dan masyarakat dipersekitaran anda selama 5 tahun yang akan datang.

#VOTE FOR ELIA BIT

 tandatangan

No comments

Powered by Blogger.