TR. Salin, Ketua Kampung baru Sungai selulit, Bakong.

Sg. Selulit Bakong –Penduduk dari kampung Sungai Selulit, Sebatang (dalam daerah Bakong) telah mengadakan mesyuarat khas bagi memilih jawatan ketua kampung (Tuai Rumah) bagi menggantikan Bekas Tuai Rumah sebelum ini iaitu Encik Ela anak Bong yang telah dinaikkan pangkat menjadi Penghulu daerah Bakong sebelum ini.

Menurut sejarah, Pada tahun 1971, semua rumah panjang di kawasan Sebatang telah bergabung membentuk satu rumah panjang yang terdiri daripada lebih kurang 60 pintu. Ketua kampung pada masa itu adalah Tuai Rumah Pagon. Walau bagaimanapun, rumah panjang tersebut hanya bertahan selama lebih kurang 15 tahun sahaja.

Akhirnya, pada tahun 1987 sebahagian penduduk telah berpindah ke rumah panjang yang ada seperti pada hari ini yang dinamakan Sungai Selulit sempena nama sungai di belakang rumah panjang ini iaitu Sungai Selulit. Ketua kampung yang pertama di rumah panjang ini adalah TR Eding anak Ngah. Pada tahun 1992, TR Eding telah diganti oleh adik beliau iaitu TR Ela anak Bong.

Pada malam 3.3.2012 yang lalu penduduk kampung berkenaan sekali lagi membuat pemilihan Ketua kampung yang baru. Mesyuarat yang dihadiri oleh seluruh penduduk kampung berkenaan telah sebulat suara melantik Encik Salin Anak Abong menjadi ketua kampung baru mereka.

Sebelum ini Encik Salin menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha untuk AJKKK kampung tersebut dibawah pentadbiran 2 Tuai Rumah sebelum ini.

   
TR Salin.
Rumah Panjang Sungai Selulit,Sebatang


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.