EMAS - Kelebihan dan kekurangan



3 kelebihan dan 3 kekurangan emas.

Kelebihan emas 
1. Wang untuk seluruh dunia.
Haa.. ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia. 
Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia. 
Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.
Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang. 
Contoh. Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada jumlah RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih berjumlah RM1 juta. 
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku  Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain. 
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.

Apakah kelemahan emas?
1. Pertama. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus. Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.

2. Terdapat banyak pilihan produk. 
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan. 
Jika emas fizikal anda banyak. Anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.

Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik. 

Kredit to: FB Syukor Hashim


tandatangan

1 comment:

Powered by Blogger.