Chris Blog berpetualang ke Domain dot com


Setelah bertahun lama menggunakan domain blogspot.com pada hari ini Chris Blog berpetualang ke domain sendiri iaitu www.chrissalin.com

Mengupas kembali kewujudan blog ini, Chris Blog telah berada di alam maya sejak dari 7 February 2009 berplatformkan niche "Oil & Gas" pada awalnya, selepas itu beralih ke Niche "Blogging Tips". Nah.. jika anda salah seorang pemula atau newbie dalam dunia blogging silakan korek artikel-artikel diblog ini kerana banyak tips dan tricks yang saya publishkan disini. Kini... kerana terpaksa mengikuti trend semasa akhirnya blog ini menjadi sebuah personal blog dimana tempat saya mengupdate kegiatan harian atau berita-berita terkini yang berlaku dipersekitaran terutamanya di Bandaraya Miri.

Berbalik kepada tajuk artikel tadi sebenar nya domain ini saya sewa dari pengelola domain dan hosting terkemuka iaitu SYOKHOST.COM dengan bayaran serendah RM45 untuk setahun. Jika anda berminat untuk menggunakan domain dengan nama sendiri untuk blog anda saya sarankan anda untuk membeli domain dan hosting dari syarikat mereka. Bukan saja murah malah banyak pakej-pakej istimewa yang mereka sediakan termasuk percuma site builder, free installation dan lebih mengujakan ialah kualiti dan kelajuan server nya. Jika anda berminat SILA KLIK LINK INI untuk mendapatkan pakej domain dan hosting dari mereka.

Oh ya.. untuk makluman pembaca semua, blog ini masih menggunakan blogger.com sebagai platform berblogging meskipun sudah berdomain name sendiri kerana masih selesa disini meskipun banyak kekurangan nya jika berbanding dengan blog yang menggunakan wordpress.org yang dibekalkan plugin-plugin yang up to date.

Sekian dulu coretan saya pada kali ini, semoga kalian pembaca semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta semoga bertemu kembali di artikel-artikel yang mendatang.

Thanks.


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.