TRAGEDI DAYANG TOPAZ

TRAGEDI DAYANG TOPAZ | MERAGUT 2 NYAWA Pada tanggal 27/10/2020, kita dikejutkan berita mengenai tragedi yang menimpa MV Dayang Topaz dan penumpang kapal tersebut.


Dayang Topaz telah berlabuh berdekatan dengan platform untuk melakukan kerja -kerja penyelanggaran di area Baram field. Pada waktu kejadian dimana kapal itu telah hilang kawalan kerana angin kencang menyebabkan salah satu daripada sauh (anchor) nya terputus lalu merempuh struktur platform. Akibat dari kejadian tersebut telah mengorbankan 2 nyawa dimana 125 penumpang nya terjun ke laut manakala 62 daripada nya masih berada di kapal MV Dayang Topaz.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima maklumat daripada pengendali kapal Sapura Construction, jam 6.45 pagi tadi, melaporkan menerima isyarat kecemasan dari Dayang Topaz.

Mangsa yang terselamat telah dibawa ke Jeti Serimas untuk tujuan rawatan manakala mayat kedua mangsa yang meninggal telah dihantar ke Hospital Miri menggunakan Helikopter.


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.