Taman Negara Niah (Gua Niah)



Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).

Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.






Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu[1]. [2] sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.





Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.



Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miosen sebelum berlakunya pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah mempunyai keluasan 12 hektar dan kawasan di dalamnya dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.