Sejarah Oil and Gas di Malaysia


Sejarah bermula penemuan Oil and Gas di Malaysia

Harini, produk oil and gas menjadi satu keperluan penting dalam mengerakkan kehidupan seharian kita.
Contoh paling mudah adalah minyak petrol yang dihasilkan untuk kenderaan kita. Ini belum termasuk lagi gas memasak, barangan plastik.

Kita rakyat Malaysia sangat beruntung kerana lahir di sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi terutamanya hasil petroleum.

Berdasarkan perangkaan, Malaysia merupakan antara pengeluar minyak dan gas terbesar di rantau ini dan hasil ini banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Tetapi berapa ramai yang tahu tentang sejarah oil and gas di Malaysia? Kali ini, kami akan kongsikan serba sedikit tentang asal usul minyak dan gas di bumi bertuah ini.

 Oil and Gas banyak menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi masyarakat setempat dan negara secara amnya sejak pertama kali dihasilkan pada tahun 1910 di Miri, Sarawak.

Telaga minyak pertama yang dijumpai oleh Shell ketika itu mengeluarkan 83 tong minyak sehari dan mencapai pengeluaran maksimum sebanyak 15,000 tong.

Sekarang, telaga minyak tersebut yang dikenali sebagai The Grand Old Lady menjadi tugu monumen sejarah yang boleh dilawati di Canada Hill, Miri, Sarawak.

Aktiviti Oil and Gas berkembang pesat pada 1960 dengan banyak penemuan dan pembangunan lapangan luar pesisir pantai (offshore). Lewat 1960 menyaksikan permulaan penerokaan minyak di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pada waktu tersebut, syarikat luar negara, antaranya Shell dan Esso, merupakan syarikat yang mendominasi aktiviti minyak dan gas negara. Terdapat juga beberapa syarikat luar negara lain seperti Conoco, Mobil, Aquitaine, Oceanic and Teiseki. Syarikat minyak negara, Petronas kemudiannya ditubuhkan pada 1974.

Syarikat-syarikat ini diberikan konsesi petroleum untuk menjalankan penerokaan dan pengeluaran hasil petroleum oleh kerajaan negeri dengan syarat mereka perlu membayar cukai dan royalti.

Namun, pada 1974, dengan pelulusan Akta Kemajuan Petroleum yang memberi hak milik dan kuasa untuk mengawal sumber petroleum kepada Petronas. Konsesi yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini kemudiannya terbatal. Sejarah minyak dan gas di Malaysia sudah tentu tidak boleh lari daripada Petronas.

Aktiviti penerokaan dan pengeluaran (exploration and production) kemudiannya dijalankan secara Production Sharing Contract (PSC) dimana syarikat-syarikat ini diberi hak penerokaan minyak oleh Petronas.

Segala kos exploration dan production ditanggung oleh syarikat berkenaan dan sebagai ganti, mereka mendapat sebahagian dari pecahan pengeluaran minyak dan gas yang dihasilkan.

Harini, semua hasil oil and gas Malaysia dikeluarkan dari lapangan offshore. Terdapat tiga lapangan offshore utama iaitu:

1. Semenanjung Malaysia (Luar pesisir Terengganu, Kelantan)
2. Sarawak
3. Sabah

Pada 2019, terdapat lebih 353 offshore platform di seluruh Malaysia. Kebanyakan platform di Malaysia berada pada shallow water (kedalaman cetek) manakala sejak 2002.

Aktiviti oil and gas negara bertambah menarik dengan penemuan lapangan laut dalam (deepwater) yang pertama kali di Malaysia, iaitu Kikeh, offshore Sabah.

Sumber:


tandatangan

3 comments:

  1. I highly appreciate SubiendoBlass for its dedication to gamers. The website provides clear, well-researched guides and cheat codes, while also covering breaking updates in mobile games, making it a go-to platform for anyone looking to stay ahead.

    ReplyDelete
  2. MyTechRent’s dedication to covering AI, digital trends, and technology news is impressive. Their articles are insightful, well-structured, and highly informative, offering readers a reliable source to stay updated in a rapidly evolving digital world.

    ReplyDelete
  3. I love how MyStoryTimes transforms news into meaningful storytelling. Each feature captures human experiences with empathy and insight, offering readers both awareness and inspiration through carefully crafted narratives.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.