Tip memohon kerja melalui email



Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian, Kali ini admin ingin berkongsi tip bagaimana nak memohon sesuatu pekerjaan melalui email atau menghantar resume/ cv's menggunakan email. Sebelum ini agak ramai yang merungut kenapa setiap kali memohon pekerjaan melalui email tidak pernah dibalas atau dalam kata lain memohon melalui email sepertinya tidak berkesan.

Sebelum itu admin memperkenalkan diri, Admin telah terlibat dalam bidang Oil & Gas ini selama hampir 17tahun bermula dari September 2002 sehingga sekarang. Memulakan karier sebagai Welder, Barge Welder, Rig Welder, Foreman, Supervisor dan Construction Supervisor terkini admin menjawat jawatan sebagai Painting Inspector dengan sebuah company local.

Melalui pengalaman yang admin pernah lalui banyak pekerjaan yang admin dapat adalah permohonan melalui email.

Disini admin tekankan beberapa contoh kenapa permohonan anda tidak diproses malah ada yang dipadam terus dari email si penerima.

1. Email tiada tajuk/ Job Title
2. Size resume/ cv's yang terlalu besar
3. Resume tiada summary
4. Resume cv's yang tidak kemas
5. dan sebagainya

Nah.. untuk memastikan email anda diterima atau sekurang-kurang nya di SAVE oleh penerima sila pastikan contoh-contoh yang admin telah senaraikan diatas agar ia menepati apa yang penerima email tersebut mahukan. Sebagai contoh jika anda memohon kerja sebagai Rigger, buat tajuk seperti ini
Subject: Memohon Jawatan sebagai RIGGER/ Application for RIGGER. Lihat contoh email admin dibawah:



Untuk memastikan resume/ cv's anda senang/ringan di download, sila asingkan antara CV dan testimonial anda, jangan campurkan didalam satu file, Jika dicampurkan maka file tersebut menjadi besar dan sukar untuk didownload.

contoh resume

Diatas adalah contoh Muka surat pertama CV admin, Di muka pertama ini adalah ruang untuk anda memperkenalkan diri, siapa anda, pengalaman, kelayakan yang anda miliki dan sebagai nya. Muka selanjut nya pula anda boleh summaries kan pengalaman berkerja anda.

Ini lah serba sedikit tip yang admin kongsikan buat semua pembaca chrisblog tentang tip memohon pekerjaan melalui email. Semoga serba sedikit membawa manfaat kepada semua. Sebelum itu awali lah setiap permohonan melalui doa, minta pertolongan Tuhan.

Akhir kata admin doakan semoga anda semua berjaya. Salam damai!

tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.