10 Sebab Usahawan Kontraktor gagal!



10 Sebab Usahawan Kontraktor Sukar untuk Berkembang

1. Tiada ilmu pengurusan bisnes. Hanya cekap menguruskan projek hingga tercicir bab menguruskan kewangan.

Duit masuk dan keluar tiada catatan. Projek nampak untung besar tetapi sebenarnya catit rugi bila serap kos operasi.

2. Cari projek baru hanya selepas projek ditangan selesai.

Duduk menganggur berbulan hingga dapat projek baru. Itupun kalau dapat projek baru.

3. Berharap hanya satu sumber pasaran. Bila pasaran itu tepu. Dia masih tidak buat apa-apa.

Hanya duduk atas tikar sejadah tidak mahu berusaha. Sekurang-kurangnya cuba teroka pasaran baru pula.

4. Tiada rancangan jangka pendek dan panjang. Tiada Bisnes Model yang utuh. Tidak tahu bajet operasi sepanjang tahun. Tiada Misi, Tiada Visi.

Semua dinding dilanggar sahaja.

5. Tiada sistem dalam bisnes sendiri. SOP semuanya dalam kepala. Berubah-ubah setiap masa.

Bila mahu berkembang semuanya berterabur disini sana.

6. Tidak mahu buat marketing. Atau tidak tahu cara marketing.

Hanya mengharap projek ehsan dari orang lain. Cukup berpuashati dengan topi subcont yang dipegang.

7. Gagal kenalpasti kehebatan diri sendiri. Tidak mahu brainstorming nilai tambahan yang syarikatnya boleh tawarkan.

Tidak cuba jadi berbeza dengan kontraktor lain. Cukup berpuashati sekadar menjadi sama seperti yang ada dipasaran.

8. Semua mahu buat sendiri. Dia jumpa pelanggan. Dia juga buat sebutharga. Dia pergi beli barang. Dia juga hantar invois. Dia pergi bank. Dia bayar gaji pekerja.

Dia demam, Projek pun demam.

9. Degil untuk adakan laporan kewangan. Anggap itu bukan perkara penting.

Beli aset peralatan kerja punyalah mahal. Tetapi catit belanja hangus dalam kos projek.

10. Pantang ditawarkan projek besar. Terutama projek politik, kroni dan alibaba. Lebih lagi direct offer.

Sanggup letak wang ratus ribu sebagai deposit dapat kerja. Akhirnya wang habis, dapat habuk sahaja.

.
.
Tukar minda. Tukar cara berfikir.

Jadi kontraktor, mesti ada ilmu berniaga.


tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.