RESEPI AIR DETOX - Home made

RESEPI AIR DETOX
Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:

1. TIMUN + LEMON + DAUN PUDINA
Campurkan hirisan timun, lemon serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.
Lemon bertindak mengeluarkan toksin dalam badan. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.

2. KIWI + STRAWBERI

Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya.  Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.


3. EPAL MERAH / HIJAU + BATANG KAYU MANIS

Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.  Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.

tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.