Kegagalan bukan titik akhir sebuah kehidupan



Siapa kita jika tidak pernah gagal dalam hidup?

Tidak seorang pun manusia dimuka bumi ini yang belum pernah menghadapi kegagalan. Gagal dalam perperiksaan, kerjaya, pelajaran, cinta, kehidupan, rumah tangga dan sebagai nya. Malah mungkin ada juga diantara kita yang pernah gagal di dalam iman. Tentu sekali sakitkan malah tersangat pahit untuk ditelan bahkan ada beberapa individu diluar sana yang tergamak mengambil bahan terlarang supaya bebanan perasaan itu dapat berkurangan malah ada yang sanggup untuk menamatkan riwayat hidup kerana tidak sanggup untuk menghadapi kegagalan.

Tapi harus diingat, kegagalan bukan bererti noktah sebuah kehidupan kerana dibalik kegagalan itu mengajar kita lebih dalam erti kehidupan. Dari kegagalan itulah kita harus bangkit untuk meneliti diri kita dimana silap nya kita sebelum nya, dan biar dari kegagalan itu juga kita belajar untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik.

Bagi orang percaya, kita sangat beruntung kerana kita punya Tuhan yang kita andalkan yang setia mendampingi kita dan tidak pernah jemu mendengar doa kita. Serahkan lah isi hati kita kepada DIA nescaya Tuhan akan menolong kita. Biar lambat atau cepat Tuhan pasti menjawab doa kita setepat waktunya.

Amen!
Chris Salin

tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.