Apa itu MOMO challenge?





Momo Challenge ?

Baiklah saya akan terangkan secara ringkas tentang permainan ini sebelum memberitahu cara untuk mengelakkan masalah ini.

Momo Challenge ialah sebuah permainan 'psycho' yang target utama ialah golongan kanak-kanak. Sosial media yang menjadi target mereka ialah whatapps.

Biasanya akan ada satu mesej melalui whatapps daripada nombor yang tidak di kenali yang ber'DP'kan gambar seram di bawah. Mereka akan suruh kita save nombor itu.

Mereka akan ugut kita melakukan apa yang mereka suruh dan akhirnya akan memberi arahan untuk bunuh diri.Mereka akan hack segala bentuk maklumat dalam phone kita termasuk contact,gambar,video dan paling penting kamera kita. Mereka boleh rakam melalui kamera kita dan mereka memerhatikan kita setiap masa.

Adakah permainan ini bahaya? Ya, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun meninggal di Argentina kerana permainan ini.Ada beberapa lagi kes direkodkan di negara-negara lain.

Perhatikan apa anak anda buat dengan telefon.Biasanya Mentaliti kanak-kanak cepat percaya apa orang cakap bahkan orang dewasa pun pernah kena dengan permainan seperti 'blue whale game'.

Bagaimana nak elakkan dan atasi masalah ini?

1.Jangan save nombor itu. Tiada siapa setahu saya mampu hack seluruh maklumat dalam phone hanya dengan chat whatapps.

2.Anda kena block nombor itu secepat mungkin. Biasanya momo akan beritahu nombor itu tidak boleh di block tetapi sebenarnya boleh.

3.Jangan muat turun apa-apa jenis media atau tekan apa-apa link.Biasanya mereka akan hack melalui virus yang disertakan dalam media itu. Anda bukan saja download media tetapi virus sekali.

4.Elakkan simpan apa-apa gambar peribadi seperti gambar bogel,tidak menutup aurat, maklumat akaun bank dsb dalam phone.

5.Sila buat laporan polis secepat mungkin kerana momo bukan hanya satu nombor. Mungkin mereka mempunyai berpuluh, beratus, beribu atau berjuta nombor. Momo ialah satu 'network'.

Sila kongsikan maklumat ini, anda mampu menyelamatkan nyawa.

Kredit to: Jala Jarai JJ

tandatangan

1 comment:

Powered by Blogger.