2 KANAK-KANAK RENTUNG DALAM KEBAKARAN


Tragik; Gambar  Zulkarnain dan Zulfadli bersama keluarga


Dua kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Hilir, Lingga, di Sri Aman Sarawak petang semalam.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai  Ajijul, 2 tahun dan Zulfadli Ajijul, 5 tahun.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, sebaik ketibaan pasukan bomba di lokasi pada jam 5.15 petang (12.08.2018), rumah terbabit telah terbakar 100%.

Pihak Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan berhubung kes tersebut sekitar jam 4.25 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Sri Aman.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

DERMA

Kepada orang ramai yang ingin menderma kepada keluarga mangsa yang terbabit sila rujuk gambar dibawah dan menghubungi no. telephone yang tertera.




tandatangan

No comments

Powered by Blogger.