Sarawak menang keatas tuntutan PDA 1974 Petronas



Sebelum ini Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah mengemukakan tindakan undang-undang dan membuat pengistiharan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) iaitu menuntut hak penguasaan minyak dan gas terhadap kerajaan negeri Sarawak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Jun ini mendengar permohonan Petronas memulakan prosiding terhadap kerajaan Sarawak di bawah Artikel 128 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak meletakkan Peguam Besar Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid mengetuai pasukan Jabatan Peguam Negara (SAG) Negeri Sarawak bagi menghadapi tuntutan nekad Petronas itu.

Hari ini 22 Jun, Mahkamah persekutuan telah memutuskan dan memberikan kemenangan ke atas kerajaan Sarawak dan telah menafikan tuntutan dari pihak Petronas.  Bermakna dengan kemenangan ini kerajan Sarawak mempunyai kuasa penuh terhadap sumber asli minyak dan gas yang terdapat diperairan Sarawak.  Dengan itu Petronas perlu mendapatkan lesen, permit, pajakan dan kelulusan di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958, Ordinan Pengedaran Gas 2016 dan Kanun Tanah bagi menjalankan kerja cari gali di negeri ini.

Sementara, pasukan peguam memfokuskan kepada PDA 1974 yang dikatakan diluluskan semasa Perintah Darurat. Justeru, dengan penarikan tiga proklamasi Perintah Darurat pada akhir 2011, maka dengan sendirinya PDA dengan sendirinya disifatkan sebagai batal.

Manakala, hujah paling teguh setakat ini ialah PDA 1974 didakwa melanggar Perlembangaan Persekutuan dan MA63 itu sendiri. PDA 1974 dikatakan tidak pernah dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Bahkan, PDA 1974 dan Akta Laut Wilayah (TSA) dikatakan melanggar Perlembagaan kerana mengubah sempadan negeri tanpa kebenaran DUN Sarawak.


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.