Roland Engan Calon PKR P220 Baram



Orang Baram dan orang Sarawak am nya, siapa yang tidak mengenali beliau?

Roland Engan adalah salah seorang aktivis yang berjuang mempertahankan pembinaan "Empangan Baram" yang kini telah dibatalkan semasa Allayarham Tok Nan menjadi Ketua menteri Sarawak ketika itu. Jika bukan kerana perjuangan beliau dan sahabat-sahabat dari organisasi Save River entah apakah nasib orang-orang Baram yang tinggal di ulu sekarang, mungkin mereka telahpun dipindahkan ke penempatan semula seperti di Sungai Asap, Belaga. Maka lenyap lah segala khazanah nenek moyang mereka selama ini ditenggelami air kerana perlaksanaan projek Baram Dam tersebut.

Bukan itu sahaja, Beliau juga merupakan aktivis hak asasi manusia yang mempertahankan hak tanah adat/ NCR dan telah banyak kali turun padang membantu rakyat yang ditindas menuntut hak mereka. Begitu lah murninya perjuangan beliau dengan mempertahankan hak rakyat Baram selama ini.

Merupakan seorang peguam, dan mempunyai syarikat guaman nya sendiri (Roland Engan & Co) beliau memulakan pendidikan awal di SMK Marudi sebelum melanjutkan pelajaran di ITM Sabah (kini UITM) dalam jurusan undang-undang. Seorang calon yang mempunyai akhlak yang baik dan hidup yang takut dan taat kepada Tuhan.


Admin Menyeru seluruh penduduk Baram memilih secara bijak dan mengundi Calon yang benar tulus ikhlas memperjuangkan HAK rakyat. Jangan mengundi kerana pengaruh pihak tertentu, Undilah dari hati nurani kerana andalah yang berhak menentukan nasib Baram untuk 5tahun kehadapan.

Undilah saudara Roland Engan kerana beliau terbukti mampu membawa kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat Baram seperti apa yang telah beliau janjikan di dalam klip video diatas. Kita bagi peluang kepada beliau selama 5tahun ini, jika beliau memungkiri nya kita sebagai rakyat ada hak menentukan nasib beliau untuk 5tahun yang akan datang seterusnya. 


tandatangan

2 comments

Unknown said...

Kita harus berjuang untuk keadilan rakyat Malaysia.
Sokong Roland Engan dan semua calon PH untuk mengubah perintah ke arah kemajuan rakyat.

Chris Salin said...

For better Malaysia

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.