Calon PKR P202 SRI AMAN


Norina utot

Kalau PRS ada menampilkan wanita Dayak Pertama bertanding di P214 Selangau, Pakatan Harapan melalui Parti Keadilan Rakyat juga ada menampilkan seorang Calon wanita Dayak yang bukan calang-calang orang. Beliau merupakan seorang tokoh kepimpinan wanita yang telah menjawat beberapa jawatan tertinggi didalam organisasi-organisasi Dayak sebelum ini.

Calon yang ingin saya perkenalkan ialah Puan Norina Umoi Anak Utot, yang akan bertanding di P202 Sri Aman. Seorang penduduk asal Sri Aman, anak kelahiran Entebar, Batu Lintang Undop, Sri Aman ini berkelulusan BA, Economics, University of Winnipeg, Canada dan lepasan MBA, Herriot-Watt  University, UK.  Dan kini menjawat jawatan terpenting dalam industry Minyak dan Gas di Negara Oman.

Terdahulu, pada PRN 11 Sarawak yang lalu beliau merupakan Calon PKR untuk DUN N32 Simanggang.  Seorang wanita yang amat perhatin kepada nasib kanak-kanak, beliau merupakan pengasas kepada Projek PENSEL dimana melalui program tersebut beliau telah banyak membantu kanak-kanak di bahagian Sri-Aman dengan memberi bantuan awal persekolahan kepada mereka. Sering bersikap rendah diri, tidak sombong dan senang bergaul dengan penduduk tidak kira tua atau muda tidak mengira bangsa maupun agama.

Penduduk di Sri Aman amat  bertuah jikalau beliau dipilih menjadi wakil rakyat di sana dan sudah tentu beliau akan bertanggung jawab membawa segala rintihan mereka supaya didengar diperingkat Parlimen nanti kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Akhir kata kepada Rakyat di Sri Aman, Undilah NORINA UMOI AK UTOT untuk membawa kesejahteraan kepada penduduk disana nanti.



 




tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.