PEDAS & KELAB KUNTAU PUKULAN 7 SERAH SUMBANGAN KEPADA PESAKIT KANSER


pedas


Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Bintulu dan Kelab Kuntau pukulan 7 telah menyerahkan sumbangan kepada Lydiana Husun Robert di Hospital Nyabau Bintulu petang semalam (17.09.2017)

Lydiana Husun Robert 14 tahun berbangsa Kayan berasal dari Uma Lesong, Sg. Asap Belaga mengidapi kanser usus. Meskipun berumur 14 tahun Lydiana kelihatan seperti masih keanak-anakan mempunyai berat badan hanya 11.8Kg berikutan kesan dari penyakit yang dideritai oleh beliau. Difahamkan Lydiana akan menerima rawatan lanjut di Semenanjung pada bulan Oktober nanti.



PEDAS BINTULU di ketuai Pete Bujang manakala Kelab Kuntau pukulan 7 di wakili Tommy Emong sambil disaksikan oleh ahli-ahli dari kedua-dua persatuan yang turut hadir. Menurut Pete Bujang sumbangan tersebut diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh orang tua atau keluarga Lydiana dalam menampung kos perubatan.

Kepada sesiapa yang rasa terpanggil untuk membantu Lydiana Husun Robert anda boleh bank in ke akaun BSN 1012129000109030 - Dorothy Sivit (ibu kepada Lydiana) atau mengubungi terus beliau di talian 012-8804183


tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.