Semak Status Permohonan BR1M

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pembaca setia Chris Blog. Dah sebulan lebih blog ini tak terupdate. Oh ya ... Mungkin agak terlambat rasanya nya Chris mengucapkan Happy New Year buat anda semua, dan tak lupa juga Gong Xi Fa Cai kepada kaum Tiong Hua seluruh Malaysia.

Berbalik kepada topik di atas, sebenarnya mungkin ramai di antara anda semua yang telah tahu bagaimana untuk menyemak status permohonan yang layak menerima BR1M, so.. kepada anda yang masih belum tahu silakan ke bacaan selanjut nya.

Orang ramai boleh mula menyemak status permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia mulai pada 15 januari ini. Bantuan ini akan di edarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku.

Cara Menyemak Status Permohonan BR1M
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no talian hotline: 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.Talian hotline akan beroperasi setiap hari berkerja selama 2 bulan.

Makluman Bayaran
Permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat maklumkan melalui pos. BSN,CIMB dan Maybank akan menyediakan kaunter bank bergerak puntuk memudahkan tebusan baucer bayaran BR1M. Baucar BR1M juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh Malaysia.

Sekiranya Permohonan anda gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my

Download Borang Rayuan BR1M

Sumber Dari/Kredit To: http://timugon.com/2012/01/semakan-status-bayaran-permohonan-br1m.html

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.