Suami mendakwa isteri di rogol halimunan

Kisah ini terjadi akhir bulan lepas, dimana seorang lelaki bersama isterinya tampil membuat laporan polis, di balai polis Bintulu.

Suami berkenaan yang berusia lingkungan 20an mendakwa bahawa isterinya akan membuka pakaian, menyentuh tubuhnya dan mengerang semasa tidur sejak beberapa bulan yang lepas.

Lelaki berkenaan, yang juga pernah meminta bantuan dari yang pakar (bomoh), untuk mengetahui sebenar apa yang terjadi terhadap isteri beliau,dan lelaki berkenaan di maklumkan bahawa seseorang telah menggunakan ilmu hitam mengambil roh dari tubuh isteri nya dan bertindak merogol wanita berkenaan.

Akhirnya pasangan dari Bintulu itu bertindak membuat laporan polis tetapi polis tidak dapat berbuat apa-apa untuk menangkap "halimunan" tersebut.

Gambar Hiasan


Hai ... macam-macam kes terjadi sekarang !

Sumber: Hasil terjemahan dari Hubby claims wife raped by ‘invisible man’ dari the Star

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.