Google Kembali mengindeks domain co.cc ?

Di seluruh dunia sibuk memperkatakan bahawa domain.co.cc tidak lagi di index oleh google. Ini seumpama seorang anak yang tidak beribu-bapa,yatim piatu , keseorangan menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada yang membantu di kala senang mahupun di kala kesulitan.

Begitu lah agaknya pandangan yang chris bayangkan terhadap blog yang menggunakan subdomain co.cc seperti Chris Blog yang sekarang korang tengah baca saat ini. Ini bukan kali yang pertama google mengambil tindakan sebegini,bahkan masih segar di ingatan bahawa laman web AFD yang telah banyak membantu meningkatan earning adsense Chris yang menggunakan subdomain dari pengasas laman web percuma co.cc ini telah pun di tidakkan oleh google pada tahun yang lepas.

Hari ini, chris sempat googling di internet, apakah google akan kembali mengindeks domain tersebut? Ini termasuk di laman facebook co.cc sendiri. Di bawah ini adalah antara jawaban dari pihak pegurusan domain co.cc tersebut.

We already contacted with Google and are discussing as to the de-indexing. The matter seems to be fixed very soon.
I think that you can index your own co.cc domain if you make a request at Google. Please visit here www.google.com/webmasters/ and add your own co.cc domain at “Add a site” area.

Apakah semudah itu untuk pihak co.cc untuk meyakinkan pihak google akan permasalahan tersebut? Bagi Chris sendiri, memang Chris sangat berharap agar pihak raksasa google itu akan menimbangkan kembali keputusan de-indexing yang telah mereka lakukan terhadap domain co.cc tersebut. Kerana bukan semua pengguna subdomain tersebut membuat splog, bah kah sebelum ini, kita menyaksikan banyak di antara blog co.cc berpage rank 7. Kerana hanya segelintir blogger yang tidak bertanggung jawab, kini ribuan malah berjutaan pengguna domain tersebut menanggung akibatnya.

Untuk makluman semua, bukan semua domain co.cc itu percuma, blog chris yang satu ini Chris bayar Usd 3 atau sekitar RM10 setahun.

Sekian,

Note: Blog Ini Do Follow dan Auto Approve, Sila tinggalkan komen anda disini. Setiap link yang keluar dari blog ini akan mendapat hadiah Backlink Percuma."

1 comment:

Powered by Blogger.