BlogWalking Tips – SEO Terbaik

blogwalking


Apa itu Blogwalking ???
Blogwalking adalah di mana para blogger melawati dari blog ke blog untuk meninggalkan komen atau backlink yang menuju ke laman web masing-masing.

Mengapa anda perlu Blogwaling ???
Seperti yang telah Chris katakan tadi, blogwalking harus dilakukan oleh setiap blog master kerana ianya sangat penting untuk mengoptimasi laman blog kita . Menurut para pakar SEO semakin banyak link blog kita tinggalkan di laman web orang lain , semakin berharga lah blog kita tersebut dipandangan Search Engine terutama Google. Pihak google akan menganggap blog kita berkualiti jika terdapat banyak link-link yang menujukan kearah blog kita tersebut.Apatah lagi kalau link tersebut berasal dari laman blog yang dofollow dan ber PR tinggi.

Bagaimana saya Blogwalking ???
Cara tersenang untuk kita blogwalking ini ialah, di Malaysia sendiri terdapat banyak laman web yang menyediakan service ping blog, nah .. supaya kita tak susah mencari senarai laman blog orang lain , di sini chris ingin memberi contoh seperti di Innit Nuffnang. Kenapa di Innit? kerana di innit terdapat banyak member-member blogger yang ping blog mereka di sana setiap masa. Jadi anda tinggal pilih sahaja blog mana yang anda mahu pergi untuk blogwalking dan tinggalkan komen anda laman blog tersebut.

Cara Meninggalkan Komen
Part yang ini Chris nak tekankan lebih detail disini, Kerana selama ini ramai blogger kita masih kurang arif tentang benda ni. Langkah yang terbaik yang harus kita lakukan supaya blog kita mendapat hadiah back link ialah dengan memilih opsyen NAME/URL yang di sediakan dalam ruangan kotak komen. Caranya ialah dengan memasukkan nama Anda diruangan NAME dan masukkan alamat url blog anda di kolom URL. (Jika blog anda tersebut sudah gah di mata google, chris saran kan agar anda meninggalkan url page blog yang ingin anda optimasikan dan kepada blog yang masih baru cukup dengan meninggalkan link url laman utama blog anda sahaja.)

Kenapa Chris katakan ini yang terbaik? Kerana banyak blogger kita lebih gemar untuk memilih Opsyen BLOGGER/GOOGLE PROFILE ketika meninggalkan komen. Bukan tak boleh..memang boleh pun tapi ..ia bukan sesuatu yang baik untuk mengoptimasi SEO blog. Contoh nya sebegini jika anda tinggal kan komen di blog saya, anda pilih opsyen BLOGGER/GOOGLE PROFILE, paling pun, saya akan klik dan tengok muka cantik anda saja di blogger profile, lain lah kalau anda tinggalkan nama dan Url blog anda seperti memakai opsyen NAME/URL tadi. Jika saya klik pada nama anda secara automatik saya akan dibawa ke laman web/blog anda, dan anda telah beruntung kerana menerima kunjungan dari saya kerana setiap backlink itu akan menentukan prestasi blog kita di mata enjin pencarian. Nah itu contoh sahaja, Tapi di blog Chris yang buruk ini anda sangat beruntung kerana anda tidak payah select blogger profile, hanya anda perlu isi nama dan url blog anda sahaja dan Chris siap bagi korang hadiah backlink percuma dari dofollow blog ber PR 1 (ceh siap Promosi hehe..)

Penutup
Sebenarnya masih banyak lagi tip-tip blogwalking yang harus kita pelajari, dulu Chris pun cuma menganggap blogwalking ini sebagai hal yang remeh sahaja dan Chris akan komen pada entry yang betul disukai. Tapi kini demi mengoptimasikan blog chris yang jelek ini untuk Puan SEO dan Pakcik Google maka kini Chris semakin kerap turun padang untuk blogwalking dan berkomen. Tapi harus ingat adap bahasa tu harus di jaga ketika memasuki rumah orang, berikan salam yang terbaik biar tuan rumah rasa dihargai, jangan sesekali menghina atau memandang rendah harta yang dimiliki orang, silap-silap tuan rumah akan menghalau anda dengan mendelete komen yang telah anda tinggal kan. Tidak kah itu membuang masa anda ???

Salam blogwalking !!!

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.