Tercabar maruah sebagai blogger blogspot !!!

Sebagai seorang yang menggelar diri sebagai blogger , maruah aku benar-benar tercabar hari ini ketika aku membaca satu entry di salah satu blog, ketika aku blog walking (sengaja dirahsiakan laman web) yang mengutuk para blogger yang menggunakan blogger.com atau blogspot sebagai platform. Banyak lah kutukan tersebut, antaranya menuduh blogger blogspot tak berwawasan, blogger copy paste, orang yang malas fikir pasal perkara teknikal coding, tak mampu beli hosting sendiri, orang yang asyik suka guna benda free dan banyak lagi kritikan yang di lemparkan kepada pengguna blogspot. Ahh..pedas juga tuduhan tersebut, kerana aku juga merupakan pengguna setia blogger.com.

Tapi aku redha, sebagai pengguna blogspot aku bangga dan respect dengan segelintir para pengguna blogger blogspot yang lain contoh nya seperti Cik Epal dan yang lain-lain, yang ranking alexa mereka dalam lingkungan 64000 kebawah. Dari segi traffic/seo mereka tak kalah hebat nya dengan pengguna wp self-hosting yang di bangga-banggakan oleh penulis blog tersebut. Ingin aku nyatakan disini para pengguna blogger lah yang mahir menggunakan coding dan java script. Kerana hampir setiap blog blogspot yang saya temui, rata-ratanya menggunakan java script dari pihak ketiga dan ini memerlukan pengetahuan untuk men’edit’ kod HTML. Tidak seperti pengguna wp self-hosting yang hanya menggunakan plugin, tak perlu bersusah payah memikirkan kod html.

Bagi aku, bukan aku tak mampu memiliki domain sendiri atau tak pandai menggunakan wp self hosting. Tapi aku ni suka benda yang free hehe.. cuba korang lihat Blogging | Adsense Tips ini ialah blog aku yang menggunakan wp self-hosting dengan domain co.cc yang free. Sg.Selulit adalah merupakan laman web yang aku reka dengan software NVU hasil domain free juga. Bukan aku nak tunjuk riak sebenarnya, tapi aku tak larat menerima tohmahan yang dilemparkan kepada pengguna blogspot , Blog aku yang lain contohnya Offshore | Oil and Gas Information yang selama ini menyumbangkan ratusan dollar hasil dari adsense ads juga menggunakan blogspot sebagai platform. Nah.. kan semua itu hasil dari benda free. Bak kata pepatah yang aku temui di satu laman web yang “percuma itu merupakan satu anugerah”.

4 comments:

  1. Dah ada hosting sendiri, kenapa gunakan domain percuma? Pelik

    BLOG-AYIE.COM | SHARE & LEARN

    ReplyDelete
  2. aku rasa aku kenal blogger tu..diapun femes juga..ada banyak buat website dan bisnes online..

    erkk pinjam story fasal blogger nak tutup tu

    ReplyDelete
  3. Apehal la blogger sesama blogger nie. Bende camnie pun nak kecoh-kecoh. Bukan kita menyusahkan diorg pun. Tak faham btol aku. Tue semua sebab hati busuk, dengki ngan orang lain..Sabar je la

    TECHNIP MALAYSIA CAREERS (MAY 2011)

    ReplyDelete
  4. Entah lah bro..ragam manusia.. Bro Alan silakan pinjam bro..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.