Selamat Hari Gawai Dayak

Fuh..tak terasa pulak tahun ni. Rasa macam baru kelmarin  kita menyambut tahun baru 2011, tau-tau dah nak masuk bulan Jun pulak. Bersempenaan 1 June yang akan menjelma Chris ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada kaum dayak di seluruh Malaysia dan Sarawak am nya. Tak lupa juga buat seluruh ahli keluarga tersayang dan rakan-taulan. Semoga pada Hari Gawai tahun ini kita semua memperolehi limpahan rahmat dan berkat dari yang Maha Kuasa.

Untuk makluman pembaca semua, Perayaan Gawai Dayak akan di sambut  pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.  Gawai Dayak adalah satu perayaan terbesar yang di raikan seluruh masyarakat dayak di seluruh negeri Sarawak. Pada hari tersebut, masyarakat dayak akan kunjung - mengunjungi sahabat handai dan ahli keluarga masing-masing. Masarakat dayak juga mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan dari pelbagai kaum untuk menziarahi mereka pada hari tersebut.

Pada zaman dahulu Perayaan Gawai Dayak di sambut untuk sempena memberi pengucapan syukur diatas keberhasilan yang telah diperolehi dari hasil tuaian padi. Tetapi kini perayaan tersebut telah menjadi satu tradisi oleh etnik dayak. Kerana pada masa sekarang hanya segelintir sahaja masyarakat dayak yang masih menanam padi, kerana kebanyakan nya sudah ramai yang berhijrah ke bandar-bandar.

Gawai Dayak mula di iktiraf sebagai perayaan khas khusus untuk kaum dayak oleh kerajaan negeri Sarawak  pada 25 september 1964  dan julung kali dirai kan secara rasmi pada 1st June 1965.Kini Perayaan Gawai Dayak sudah tidak asing lagi bagi penduduk di seluruh Malaysia kerana bukan Cuma penduduk Sarawak sahaja yang diberi cuti umum sempena Hari Gawai bahkan hampir keseluruhan negeri di Malaysia.

selamat hari gawai dayak

No comments

Powered by Blogger.