Pengalaman di India Offshore

Pada awal bulan lepas aku di panggil oleh pihak manning department tempat aku bekerja untuk pergi ke India, untuk satu projek di Mumbai High Feild. Bos aku kata tak lama lah kamu di sana nanti Cuma ambil kapal dan terus belayar ke singapore sebab projek disana dah nak habis. Aku bingung tak tahu nak buat apa, Sebenarnya aku bukan tak nak turun Offshore pegi ke India pulak tu.

Sebenarnya pengalaman yang tak dapat aku lupakan terjadi kira – kira awal tahun lepas. Masa tu aku 6 bulan di Offshore kat Mumbai High Feild, India. Punya susah lah nak minta Off, Call ke opis minta off nanti jawabnya "maybe next week crew change.." tunggu punya tunggu sampai next week , sampai panjang janggut aku , mengalahkan orang di sana namun tak juga dapat off. Tapi itu bukanlah alasan sebenar kenapa aku tak nak pergi offshore disana.

Masalah utama yang membuat aku feed up untuk ke sana yalah, time aku pulang tu (off) fuh..coba korang bayangkan betapa seksa nya aku time tu. Hanya aku seorang rakyat Malaysia menaiki crew boat Pooja 1 bersamaan dengan lebih 50 orang India pada masa itu. Untuk makluman semua perjalanan dari Mumbai High Field ke Mumbai Port memakan masa 20 – 24 jam. Di atas masalah teknikal yang tak dapat di elak kan boat yang saya naiki mengalami kerosakan pada engine nya dan kami berlabuh di tengah – tengah laut yang saya sendiri tak tahu tempatnya dimana. Kami hanya menggunakan emergency generator, dah lah di dalam bilik nya berbau dan panas lagi kerana sumber tenaga tersebut tidak dapat menampung alat pendingin hawa.Apatah lagi saya di tempatkan  bersama 3 lagi mamat punjab yang tak reti nak mandi ni.

 Engine boat kami hanya beroperasi semula pada hari yang keenam, dan beerti masuk enam hari saya tak menjamah sebutir nasi. Saya hanya makan mee maggie yang di bekalkan oleh catering crew dari kapal saya yang asal. Itu pun saya makan secara sembunyi – sembunyi..korang faham lah adat bahasa orang ni, kalau dia orang nampak pasti mintak punya..ya lah macam rokok aku, kalau aku hisap rokok, tercium je bau asap rokok datang lah member – member ni menyerang sampai lebih sepuluh orang mengerumuni aku. Bagi susah, tak di bagi ..lu fikir lah sendiri . Kami tiba di Mumbai Port pada awal pagi tepat hari yang ke tujuh dan tamatlah penderitaan saya berada di boat berkenaan.

Kepada pihak manning department tempat saya berkerja selama ini, saya minta maaf bebanyak bos... bukan niat saya tak nak pergi ke India lagi, kerana pengalaman saya pada masa itu tersangat menyakitkan buat saya dan saya berjanji pada diri sendiri,kalau boleh saya memang tak mahu lagi menjejak kan kakilagi ke bumi Taj Mahal itu. Dan pada ketika saya tengah mencari idea bagaimana nak mengelak untuk turun Offshore di sana, tiba – tiba handphone saya berdering. “Hallo.. Kamu tidak jadi pergi ke India sebab kamu punya MOHA belum siap lagi, jadi tempat kamu di ambil alih oleh orang lain” (yang tukar tempat saya itu ialah kawan saya sendiri).

No comments

Powered by Blogger.